CD MBMMBI

Slide Taklimat CD MBMMBI 2009 hingga 2015

klik

Perkakasan ICT (CD)
Program Makmal Bahasa MBMMBI

Dasar MBMMBI iaitu “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada tahun 2011 bagi menggantikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2010 bertarikh 25 Januari  2010 adalah berkaitan. Memartabatkan Bahasa Inggeris bermaksud strategi memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar  sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Malaysia.Manakala strategi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.Sehubungan itu makmal bahasa merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan di makmal komputer sekolah bagi menyokong dasar MBMMBI. Penggunaan Makmal Komputer sebagai makmal bagipengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa dilaksanakan berasaskan perkara-perkara berikut

  • Menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk Makmal Bahasa;
  • Mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi pengajaran bahasa;
  • Menggalakkan pengunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah;

Objektif :

  • Satu pendekatan dalam menambah baik kurikulum pembelajaran bahasa.
  • Menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris .
  • Individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P bahasa di dalam kelas sebenar – dapat membentuk kreativiti pelajar.
  • Pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa – mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid & filem berkaitan.
  • Membantu guru dan murid dalam memperkasa Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

 

Menggunakan makmal komputer sedia ada dengan tambahan peralatan ICT iaitu :

  1. Head set
  2. Spliter
  3. LCD Monitor
  4. Classroom Monitoring System (perisian platform bagi perlaksanaan p&p)
  5. Perisian Bahasa ( Bahan p&p Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia)
Advertisements