Pusat Akses Sekolah

1. Pengenalan

1.1   Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsepala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
1.2   Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada prose pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatka maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.
1.3   Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
1.4 Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan
mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang
hayat.

2. Matlamat

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
2.1 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2.2 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
2.3 Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

3. Objektif

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
3.1   Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
3.2   Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
3.3   Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

5. Susun Atur dan Peralatan

5.1   Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan bersesuaian dengan ruang yang terdapat di sekolah. Keluasan minima            bagi pusat akses adalah 22.5 m 2 (satu bay).
5.2   Sekolah akan menerima 10 buah komputer, satu switch 24 port, satu pencetak,dan perabot.
5.3   Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat dan dihubungkan
        dengan talian SchoolNet.
5.4   Perisian yang dibekalkan bersama dalam setiap komputer ini termasuk Sistem
Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan anti-virus.
5.5   Switch hub dan router SchoolNet hendaklah sentiada dalam keadaan baik bagi memastikan capaian Internet           tidak terganggu.