Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 & Sambuan Hari Guru 2018 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Julau

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini merupakan salah satu daripada acara tahunan Pejabat Pendidikan Daerah Julau (PPD Julau) untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga Pejabat Pendidikan Daerah Julau yang telah berusaha secara berterusan melaksanakan kerja dengan cekap, produktif dan beriltizam tinggi. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini juga membuktikan bahawa modal insan berprestasi tinggi sentiasa diberi penekanan di PPD Julau. Pemberian pengiktirafan dalam bentuk anugerah kecemerlangan ini merupakan satu manifestasi keprihatinan Pengurusan Atasan PPD Julau terhadap modal insan berkualiti serta budaya berprestasi tinggi selaras dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”.