ADUAN 1BESTARINET

Perhatian pihak sekolah berkaitan;

Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Dipohon pihak Tuan/Puan memastikan notis penamatan perkhidmatan internet dikeluarkan kepada ISP bagi sekolah-sekolah yang telah dipasang 1BestariNet dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh UAT perkhidmatan 1BestariNet.  (rujukan: KP(BPPA)(S)700-3/0204/0304/15Jld10(71) bertarikh 28 Dis 2012).
Bagi mengatasi isu tidak dapat no. log atau trouble ticket nombor berkenaan isu 1BestariNet,  dipohon kerjasama pihak tuan/puan boleh membuat aduan melalui portal

 https://1bnselfcare.yes.my.

Dari situ, pihak sekolah akan dapat no. log/ trouble tiket no. selepas masukkan aduan dalam portal tersebut. Sekiranya pihak sekolah lupa ID dan password untuk portal tersebut, boleh hubungi

Meja Bantuan 1BestariNet :– 018-7998787 

atau moesupport@ytlcomms.my untuk mendapatkan ID dan password.  Pastikan no.log/trouble ticket number perlu direkod dalam buku log sekolah dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai. Dicadangkan PKG membuat speedtest bagi isu capaian internet dan cetaknya sebagai dokumen sokongan.
Sebarang kemusykilan boleh emel kepada rr@moe.gov.my untuk tindakan selanjutnya.
Harap Maklum
Admin
This entry was posted in Terkini. Bookmark the permalink.