KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH KPM

SAYUGIA surat daripada Timbalan Pengarah Pembangunan Teknologi Pendidikan BTP KPM adalah dirujuk dan kandungan email yang diedar untuk perhatian Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri adalah seperti berikut;

Assalamualikum WBT,

Sukacita dimaklumkan Kajian Bahan Penggunaan Bahan Digital Di Sekolah akan dijalankan bermula pada 6 – 20 Sept 2013. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan arahan YAB Timbalan Perdana Menteri dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013. Mohon kerjasama tuan/puan memaklumakan kepada PKG bagi membantu guru dan murid sekolah  mengisi borang kajian ini. Kajian ini hendaklah diisi oleh guru dan murid dengan menggunakan URL berikut:
Surat makluman kepada semua JPN dan BTPN telah fak 9 Sept 2013. Bersama ini disertakan salinan surat tersebut.

Berikut adalah URL untuk “Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah”.

1. KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH: (Soal Selidik Guru)

Borang Guru

2. KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH: (Soal Selidik Murid)

Borang Murid

Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kajian diucapkan berbanyak terima kasih..

Sekian

Dr Suhaimi b Kadir
Ketua Unit Data dan Kajian
Sektor Pengurusan Strategik,
Bahagian Teknologi Pendidikan

Harap Mendapat perhatian dan kerjasama pihak sekolah-sekolah Daerah Julau.

This entry was posted in Terkini. Bookmark the permalink.