VERIFIKASI DATA INISIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2013

PERINGATAN KALI KEDUA

KP(BTP-PENT)8800/4/1 jld.6 (54) Surat dari Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 18 Disember 2012 adalah dirujuk;

Pusat Kegiatan Guru Julau akan mengadakan verifikasi data tersebut ke sekolah mulai sekolah dibuka 02.01.2013.

Mohon kepada Guru ICT/BESTARI/FT sekolah-sekolah Daerah Julau untuk menyediakan sesalinan DHM (Daftar Harta Modal) peralatan ICT sekolah untuk disemak dan akan dihantar ke BTPN Sarawak sebagai bukti rekod sebenar peralatan yang ada di sekolah.

Mohon juga Melengkapkan dan membuat pembetulan dalam  “BORANG DATA INISIATIF SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2012” menggunakan pen merah.

DATA dan maklumat tersebut diperlukan SEGERA dihantar pada atau sebelum 31 Januari 2013.

Sebarang keciciran data akan menyulitkan pihak KPM untuk menyalurkan sejumlah peruntukkan untuk penyediaan peralatan ICT sekolah tersebut. Oleh itu mohon pihak sekolah memberi kerjasama sepenuhnya.

Sekian Terima kasih

surat kuasa verifikasi data peralatan ICT sekolah

This entry was posted in Terkini. Bookmark the permalink.