VERIFIKASI DATA INISIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2013

KP(BTP-PENT)8800/4/1 jld.6 (54) Surat dari Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 18 Disember 2012 adalah dirujuk;

Pusat Kegiatan Guru Julau akan mengadakan verifikasi data tersebut ke sekolah mulai sekolah dibuka 02.01.2013.

Mohon kepada Guru ICT/BESTARI/FT sekolah-sekolah Daerah Julau untuk menyediakan sesalinan DHM (Daftar Harta Modal) peralatan ICT sekolah untuk disemak dan akan dihantar ke BTPN Sarawak sebagai bukti rekod sebenar peralatan yang ada di sekolah.

Pihak PKG akan datang ke sekolah dan menyediakan borang yang lengkap yang akan diperakui oleh pihak sekolah.

Sebarang keciciran data akan menyulitkan pihak KPM untuk menyalurkan penyediaan peralatan ICT sekolah tersebut. Oleh itu mohon pihak sekolah memberi kerjasama sepenuhnya.

Sekian Terima kasih

surat kuasa verifikasi data peralatan ICT sekolah

This entry was posted in Terkini. Bookmark the permalink.