BORANG KAJI SELIDIK PENGGUNAAN RADIO PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Sehubungan dengan itu,Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak sedang menjalankan tinjauan dan kajian impak bagi melihat keberkesanan penggunaan radio pendidikan di sekolah rendah.  

Mohon pihak sekolah  untuk mengisi borang kaji selidik  secara atas talian sebelum atau pada 30 Mei. klik Borang Soal selidik

Harap mendapat perhatian
Terima kasih
Posted in Terkini

ADUAN 1BESTARINET

Perhatian pihak sekolah berkaitan;

Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Dipohon pihak Tuan/Puan memastikan notis penamatan perkhidmatan internet dikeluarkan kepada ISP bagi sekolah-sekolah yang telah dipasang 1BestariNet dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh UAT perkhidmatan 1BestariNet.  (rujukan: KP(BPPA)(S)700-3/0204/0304/15Jld10(71) bertarikh 28 Dis 2012).
Bagi mengatasi isu tidak dapat no. log atau trouble ticket nombor berkenaan isu 1BestariNet,  dipohon kerjasama pihak tuan/puan boleh membuat aduan melalui portal

 https://1bnselfcare.yes.my.

Dari situ, pihak sekolah akan dapat no. log/ trouble tiket no. selepas masukkan aduan dalam portal tersebut. Sekiranya pihak sekolah lupa ID dan password untuk portal tersebut, boleh hubungi

Meja Bantuan 1BestariNet :- 018-7998787 

atau moesupport@ytlcomms.my untuk mendapatkan ID dan password.  Pastikan no.log/trouble ticket number perlu direkod dalam buku log sekolah dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai. Dicadangkan PKG membuat speedtest bagi isu capaian internet dan cetaknya sebagai dokumen sokongan.
Sebarang kemusykilan boleh emel kepada rr@moe.gov.my untuk tindakan selanjutnya.
Harap Maklum
Admin
Posted in Terkini

ADUAN KEROSAKKAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JULAU 2014

Makluman untuk semua GURU ICT/BESTARI
sila log masuk aduan masalah peralatan ICT sekolah anda dengan mengklik url dibawah
Borang Aduan Kerosakkan Peralatan ICT Sekolah Daerah Julau
ATAU
klik Borang Aduan Borang Aduan Kerosakkan Peralatan ICT Sekolah MENU disebelah kanan Website ini.
Posted in Terkini